the Night dari Kings of Leon yang banyak menyeru kenangan sales incentive trip ke Osaka pada tahun 2017 semasa bertugas di Utusan Malaysia dulu, dan akhirnya, saya mula terjebak dengan Severance (ramai yang endorse, jadi saya akur untuk bermula dengan Season 1), dan mencuba WikiTok, iaitu “TikTok” dengan versi yang lebih ilmiah.
Saya juga menghabiskan banyak masa berdebat tentang sama ada Liverpool benar-benar ada harapan untuk memenangi Liga Inggeris musim ini atau ini sekadar fantasi, dan makan tengahari bersama klien (Matrix Concepts) dengan mencuba “pesaing” Su-kiya, iaitu Restoran Shabuyaki yang secara jujurnya jauh lebih segar dan selesa, pun begitu, harganya pun lebih premium, jadi, amat sesuai untuk lokasi “mesyuarat makan tengahari”.
Cukup sudah dengan aktiviti peribadi, mari kita selami isu industri, segala kemaskini penting media sosial dan trend yang perlu anda cakna minggu ini.
Meta
- Meta merancang pelaburan dalam robot humanoid berasaskan AI.
- Ray-Ban Meta Smartglasses telah terjual lebih daripada 2 juta unit sejak dilancarkan.
- Meta meluaskan akses kepada sokongan untuk third-party ad placement blocklists.
- Meta mengumumkan LlamaCon, persidangan AI generatif untuk pembangun pertama mereka.
- Meta akan menyimpan siaran Facebook Live selama 30 hari sahaja, berbanding sebelum ini yang disimpan tanpa had, dan mulai 19 Februari, semua video yang lebih daripada durasi tersebut akan dipadamkan.
TikTok
- TikTok telah mengumumkan Discover List 2025, menampilkan content creators dan influencers yang memberi impak diperingkat global. (Hanya Thailand menjadi wakil dari ASEAN)
- TikTok kini memaparkan bahagian baru “Creation ideas” dalam TikTok Search.
- TikTok melancarkan kempen TikTok LIVE TV, membolehkan pengguna mempamerkan bakat mereka secara langsung.
- Instagram menguji butang ‘Downvote’ untuk komen bagi mengurangkan interaksi negatif.
- Instagram memperkenalkan ciri kolaj dalam Stories.
- Instagram merancang untuk menggunakan aplikasi baru “Edits” bagi menguji ciri kreatif sebelum dimasukkan ke aplikasi utama.
Youtube
- Petikan YouTube dalam Google AI Overviews meningkat sebanyak 25%.
- Ciri Text-to-Speech YouTube Shorts kini tersedia di iOS.
- YouTube sedang menguji sticker “Quiz” untuk Shorts di Android.
- Youtube memperkenalkan antara muka baru bahagian komen YouTube di Android dan iOS.
- YouTube meningkatkan pengalaman penggunaan Shorts di aplikasi TV, full-screen previews dan option parental controls baru.
- WhatsApp melancarkan tema baru Chat untuk menyesuaikan gaya pengguna.
- WhatsApp akan membenarkan pengguna memautkan akaun media sosial ke profil mereka.
- WhatsApp mungkin memperkenalkan ciri label ahli group chat tidak lama lagi.
X (FKA Twitter)
- xAI milik Elon Musk melancarkan versi baru model AI terunggul beliau, Grok 3.
- Dan selepas pelancaran, beliau menggandakan harga pelan Premium+ X.
- X mengemaskini Violent Content Policy mereka dengan menambah klausa baru yang dikenali sebagai “Moment of Death”.
X sedang bersiap sedia untuk menjadi “everything app” pertama bermula di US, sebelum dikembangkan ke peringkat global.
Lain-lain
- Spotify bakal melancarkan perkhidmatan premium baru yang menyasarkan “superfans” muzik.
- OpenAI, Google, Roblox, dan Discord menubuhkan perikatan baru untuk keselamatan kanak-kanak dalam talian.
- Klook meraih lagi dana pelaburan sebanyak USD100 juta untuk menyasarkan pelanggan Millennials & Gen-Z.
- Threads semakin popular dalam kalangan jenama, menurut kajian terkini.
- Threads sedang menguji ciri untuk menyembunyikan tab “replies“ daripada profil pengguna.
- Tumblr akan menyertai fediverse selepas selesai migrasi ke WordPress.
- Telegram memperkenalkan AI-Powered Sticker Search, penambahbaikan video, dan banyak lagi ciri menarik.
- Kerjasama baru Canva membolehkan ia diintegrasikan ke dalam HubSpot.
AI
- Bekas CTO OpenAI, Mira Murati, mengumumkan penubuhan startup AI baru, Thinking Machines Lab.
- Perplexity melancarkan produk freemium baru mereka, “Deep Research”.
- Alibaba menawarkan lebih banyak model AI DeepSeek dengan harga rendah.
- Anthropic memperkenalkan Economy Index, inisiatif untuk mengkaji kesan AI terhadap pasaran buruh dan ekonomi dalam jangka panjang.
- Whisk, salah satu eksperimen Google Labs, kini diperluaskan ke lebih 100 negara, termasuk Malaysia.
- Apple berhasrat untuk memperkenalkan ciri AI dan aplikasi kandungan spatial ke Vision Pro.
- Canvas sharing kini tersedia didalam ChatGPT.
- CEO Airbnb menyatakan masih terlalu awal untuk AI mengendalikan perancangan perjalanan.
- Pertumbuhan AI di Cambridge dan Essex mungkin terjejas akibat kos elektrik yang tinggi.
- AI kini bersaing rapat dengan ejen pencari jodoh di India.
- DeepSeek menghentikan muat turun aplikasi di Korea Selatan akibat isu privasi.
- ByteDance telah melancarkan model generatif sumber terbuka baru, VideoWorld.
Trending Content
- Pengguna TikTok menggunakan filter Capcut untuk menjadikan haiwan kesayangan (oyen misalnya) bergerak seperti makanan yang sedang dipanaskan didalam microwave.
- Brand menggunakan format rakaman produk (demo) dengan kombinasi komen positif (social proof) dari pengguna di Instagram.
ICYMI
- Kempen Tahun Baru Cina 2025 paling kreatif saya anugerahkan kepada brand MiuMiu “The Encounter”, menggabungkan elemen tradisional & moden dalam koleksi fesyen eksklusif.
- Shopee Malaysia catat lonjakan 116% pembeli livestream semasa Tahun Baru Cina, menunjukkan trend beli-belah interaktif terus mendapat sambutan.
- Elon Musk menggunakan domain ‘doge.gov’ untuk mempromosikan platform X, sekali lagi mencetuskan kontroversi.
- Bloomberg mencadangkan Elon supaya belajar dari Malaysia dalam proses libaturus DOGE (Department of Government Efficiency).
- Aplikasi ‘Protector’ membolehkan tempahan pengawal peribadi seumpama Grab, menawarkan perkhidmatan keselamatan on-demand (tidak tersedia di Malaysia, pun begitu boleh dibangunkan jika punyai dana).
- AI ‘slop’ video motivasi Presiden Trump viral di TikTok, mencetus perbincangan tentang peranan AI dalam kandungan.
- Syarikat media antarabangsa semakin terbiasa dengan penggunaan AI di dalam bilik berita. – Majlis Media Malaysia bila lagi mahu mulai diskusi garis panduan?
- Peraturan baru media sosial yang ketat di Vietnam, mengekang kebebasan bersuara rakyat.
Sekian kemaskini industri untuk minggu ini. Namun, yang mana satukah yang meresap ke jiwa, menggetarkan sukma?