Minggu ini saya membaca esei mengenai OnlyFans, Buzzfeed Island, dan AI Agents. Sambil ulang dengar album Only by the Night dari Kings of Leon yang banyak menyeru kenangan sales incentive trip ke Osaka pada tahun 2017 semasa bertugas di Utusan Malaysia dulu, dan akhirnya, saya mula terjebak dengan Severance (ramai yang endorse, jadi saya akur untuk bermula dengan Season 1), dan mencuba WikiTok, iaitu “TikTok” dengan versi yang lebih ilmiah.
Saya juga menghabiskan banyak masa berdebat tentang sama ada Liverpool benar-benar ada harapan untuk memenangi Liga Inggeris musim ini atau ini sekadar fantasi, dan makan tengahari bersama klien (Matrix Concepts) dengan mencuba “pesaing” Su-kiya, iaitu Restoran Shabuyaki yang secara jujurnya jauh lebih segar dan selesa, pun begitu, harganya pun lebih premium, jadi, amat sesuai untuk lokasi “mesyuarat makan tengahari”.
Cukup sudah dengan aktiviti peribadi, mari kita selami isu industri, segala kemaskini penting media sosial dan trend yang perlu anda cakna minggu ini.
Meta
- Meta merancang pelaburan dalam robot humanoid berasaskan AI.
- Ray-Ban Meta Smartglasses telah terjual lebih daripada 2 juta unit sejak dilancarkan.
- Meta meluaskan akses kepada sokongan untuk third-party ad placement blocklists.
- Meta mengumumkan LlamaCon, persidangan AI generatif untuk pembangun pertama mereka.
- Meta akan menyimpan siaran Facebook Live selama 30 hari sahaja, berbanding sebelum ini yang disimpan tanpa had, dan mulai 19 Februari, semua video yang lebih daripada durasi tersebut akan dipadamkan.
TikTok
- TikTok telah mengumumkan Discover List 2025, menampilkan content creators dan influencers yang memberi impak diperingkat global. (Hanya Thailand menjadi wakil dari ASEAN)
- TikTok kini memaparkan bahagian baru “Creation ideas” dalam TikTok Search.
- TikTok melancarkan kempen TikTok LIVE TV, membolehkan pengguna mempamerkan bakat mereka secara langsung.