Nam libero tempore, cum soluta nobis est eligendi optio cumque nihil

Minggu ini saya membaca esei mengenai OnlyFansBuzzfeed Island, dan AI Agents. Sambil ulang dengar album Only by the Night dari Kings of Leon yang banyak menyeru kenangan sales incentive trip ke Osaka pada tahun 2017 semasa bertugas di Utusan Malaysia dulu, dan akhirnya, saya mula terjebak dengan Severance (ramai yang endorse, jadi saya akur untuk bermula dengan Season 1), dan mencuba WikiTok, iaitu “TikTok” dengan versi yang lebih ilmiah.

Saya juga menghabiskan banyak masa berdebat tentang sama ada Liverpool benar-benar ada harapan untuk memenangi Liga Inggeris musim ini atau ini sekadar fantasi, dan makan tengahari bersama klien (Matrix Concepts) dengan mencuba “pesaing” Su-kiya, iaitu Restoran Shabuyaki yang secara jujurnya jauh lebih segar dan selesa, pun begitu, harganya pun lebih premium, jadi, amat sesuai untuk lokasi “mesyuarat makan tengahari”.

Cukup sudah dengan aktiviti peribadi, mari kita selami isu industri, segala kemaskini penting media sosial dan trend yang perlu anda cakna minggu ini.

Meta

TikTok

  • TikTok telah mengumumkan Discover List 2025, menampilkan content creators dan influencers yang memberi impak diperingkat global. (Hanya Thailand menjadi wakil dari ASEAN)
  • TikTok kini memaparkan bahagian baru “Creation ideas” dalam TikTok Search.
  • TikTok melancarkan kempen TikTok LIVE TV, membolehkan pengguna mempamerkan bakat mereka secara langsung.

Instagram

Youtube

Whatsapp

X (FKA Twitter)

X sedang bersiap sedia untuk menjadi “everything app” pertama bermula di US, sebelum dikembangkan ke peringkat global.

Lain-lain

AI

Trending Content

  • Pengguna TikTok menggunakan filter Capcut untuk menjadikan haiwan kesayangan (oyen misalnya) bergerak seperti makanan yang sedang dipanaskan didalam microwave.
  • Brand menggunakan format rakaman produk (demo) dengan kombinasi komen positif (social proof) dari pengguna di Instagram.

ICYMI

  • Kempen Tahun Baru Cina 2025 paling kreatif saya anugerahkan kepada brand MiuMiu “The Encounter”, menggabungkan elemen tradisional & moden dalam koleksi fesyen eksklusif.
  • Shopee Malaysia catat lonjakan 116% pembeli livestream semasa Tahun Baru Cina, menunjukkan trend beli-belah interaktif terus mendapat sambutan.
  • Elon Musk menggunakan domain ‘doge.gov’ untuk mempromosikan platform X, sekali lagi mencetuskan kontroversi.
  • Bloomberg mencadangkan Elon supaya belajar dari Malaysia dalam proses libaturus DOGE (Department of Government Efficiency).
  • Aplikasi ‘Protector’ membolehkan tempahan pengawal peribadi seumpama Grab, menawarkan perkhidmatan keselamatan on-demand (tidak tersedia di Malaysia, pun begitu boleh dibangunkan jika punyai dana).
  • AI ‘slop’ video motivasi Presiden Trump viral di TikTok, mencetus perbincangan tentang peranan AI dalam kandungan.
  • Syarikat media antarabangsa semakin terbiasa dengan penggunaan AI di dalam bilik berita. – Majlis Media Malaysia bila lagi mahu mulai diskusi garis panduan?
  • Peraturan baru media sosial yang ketat di Vietnam, mengekang kebebasan bersuara rakyat.

Sekian kemaskini industri untuk minggu ini. Namun, yang mana satukah yang meresap ke jiwa, menggetarkan sukma? 

Tag a friend who’d love this.

Your unfair advantage to what’s trending in Malaysia and across social media.
Subscribe now and stay ahead of the curve before it becomes the trend.