Tangan kanan menghantar bantuan, tangan kiri menghulurkan bom

Resolusi untuk peningkatan bantuan telah diluluskan tetapi ia tidak boleh dilaksanakan tanpa sebarang gencatan senjata

Hanya beberapa hari yang lalu PBB meluluskan resolusi yang sangat lemah untuk membenarkan lebih banyak makanan dan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk Gaza yang telah lama menderita.

Ia disambut dengan lakonan sorakan kemenangan yang kosong oleh Barat yang munafik seolah-olah penduduk Gaza akhirnya telah diselamatkan.

https://www.youtube.com/watch?v=2LMnxq50xDY

Ia merupakan tirai asap palsu, atau smoke bomb, yang bertujuan mengelirukan untuk menyembunyikan isu kehidupan dan kematian yang masih berterusan yang lebih serius bagi rakyat Palestin.

Resolusi untuk peningkatan bantuan telah diluluskan tetapi ia tidak boleh dilaksanakan tanpa sebarang gencatan senjata, sama ada sementara atau kekal, yang diluluskan.

Selain meluluskan peningkatan bantuan kepada penduduk Gaza, Amerika Syarikat pada masa sama juga meluluskan penghantaran bom dan senjata tanpa henti kepada Israel untuk meneruskan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin.

Ini lah sikap munafik Amerika di mana tangan kanan kononnya menghulur bantuan kemanusiaan sementara tangan kiri terus menghantar bom ke Israel membantu pembunuhan di Gaza.

Ini adalah tindakan kebiadaban yang dunia gagal lihat atau akui.

Sebaliknya, Amerika Syarikat dan Barat tidak mengiringi konvoi bantuan makanan untuk memastikan ia sampai dengan selamat kepada sasaran penduduk Gaza yang menderita.

Bagi kita semua, pasukan Barat yang sedang mengiringi kapal-kapal ke Israel mungkin mengandungi bahan-bahan yang berkaitan dengan perang, senjata, atau barangan mewah lain yang ditujukan kepada Israel ketika rakyat Palestin kelaparan kerana kekurangan makanan asas atau sedang mati terbunuh.

Seperti yang dinyatakan oleh seorang pegawai kemanusiaan PBB, rakyat Palestin yang nazak, lapar dan sakit sedang terhalang hantaran bantuan yang telah diluluskan oleh PBB, yang pastinya mengetahui bahawa bantuan tidak dapat disalurkan kepada mangsa kecuali terdapat gencatan senjata terdahulu.

Sementara itu, syarikat penghantaran terbesar kedua di dunia, Maersk berbangga mengumumkan bahawa “pasukan tugas serantau antarabangsa” akan menjaga keselamatan dengan mengiringi kapal-kapal yang menghantar barang dan bekalan kepada pihak yang senantiasa cukup diberi makan dan sihat, iaitu pihak yang mengganas di Israel.

[arm_restrict_content plan=”unregistered,” type=”show”]

Subscribe now to read full content!

[/arm_restrict_content]

[arm_restrict_content plan=”registered,” type=”show”] 

Sedangkan rakyat Palestin kelaparan dengan resolusi bantuan tambahan PBB yang diluluskan tetapi terhenti tanpa resolusi yang diperlukan untuk genjatan senjata yang telah ditolak oleh Amerika Syarikat.

Ini adalah tindakan kezaliman terhadap manusia yang besar, dengan kuasa-kuasa besar dunia membenarkan serangan berterusan untuk meneruskan pembunuhan dan juga menghalang penghantaran bantuan. [/arm_restrict_content]

never miss a trend

From memes, social drama, to trending TikToks, Tresco is for people who live on social media, create clever content and want to make sure your boss never asks you to “make it viral!”.
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Views
Putri Kusuma Wardani secara mengejutkan memulangkan ratu bulu tangkis Thailand Ratchanok
Views
Resolusi untuk peningkatan bantuan telah diluluskan tetapi ia tidak boleh dilaksanakan tanpa sebarang gencatan senjata
Views
Powered By MemberPress WooCommerce Plus Integration